Tersenyumlah saat kau mengingatku
Kerana saat itu aku sangat merindukanmu dan
Menangislah saat kau merindukanku
Kerana pada saat itu aku tak berada di sampingmu
Tetapi pejamkanlah mata indahmu itu
kerana saat itu aku berada di sampingmu.
Kerana aku telah berada di hatimu untuk selamanya
Tak ada yang tersisa lagi untukku selain kenang-kenangan indah bersamamu
Mata indah yang biasa aku melihat keindahan cinta
Mata indah yang dahulu adalah milikku
Kini selamanya terasa jauh meninggalkanku
Kehidupan terasa kosong tanpa keindahanmu
Hati dan kerinduanku adalah millikmu
Cintamu takkan pernah membebaskanku
Bagaimana mungkin aku terbang mencari cinta yang lain
Saat sayap-sayapku telah patah kerana cintamu
Cintamu akan selalu tinggal bersamaku hingga akhir hayatku
Hingga tuhan akan mnyatukan kita lagi
Betapapun hati telah terpikat oleh sosok terang dalam gelap
Yang telah menghidupkan sinar redupku
Namun tak dapat menyinari dan manghangatkan perasaanku yang sesungguhnya
Ku takkan pernah menemukan cinta yang lain selain cintamu
Kerana mereka tak tertandingi oleh sosok dirimu dalam jiwaku
Kau takkan pernah terganti bagai pecahan logam yang mengekalkan
Kesunyian, kesedihan dan kesendirianku.
Kini aku telah kehilanganmu.

















